Sunday 20 October 2013

VARIA

sumber (http://www.kosmo.com.my)
Dua sahabat kumpul resipi

Dua sahabat kumpul resipi





HANIRAH (kiri) dan Azyanti bekerjasama dalam menghasilkan buah buku resipi yang berjudul Cara Mudah Membuat Roti.




PERSAHABATAN yang terjalin sejak di bangku sekolah membolehkan dua rakan karib, Hanirah Mohamad Nur dan Azyanti Mohd. Agos masing-masing 36, saling memahami antara satu sama lain.
Selain persefahaman yang jitu, kedua-dua sahabat karib yang bertugas sebagai pensyarah rangkaian komputer di Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai, Pontian, Johor itu turut mempunyai minat yang serupa.
Justeru, tidak hairanlah apabila Hanirah dan Azyanti yang berasal dari Pontian dapat bekerjasama untuk menghasilkan sebuah buku resipi Cara Mudah Membuat Roti meskipun pada asalnya, kedua-dua mereka tidak mempunyai asas mengenainya.
Menurut Hanirah, semuanya bermula apabila mereka ditugaskan menyertai kursus masakan Soft and Crusty Bread di Muar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2009.
“Apabila pulang daripada kursus selama 10 hari tersebut, kami bertanggungjawab mengadakan kursus pendek masakan setiap hujung minggu di kolej.
“Daripada maklum balas positif yang diterima kami bertambah berminat dalam bidang masakan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, hasil cadangan peserta kursus pendek tersebut jugalah dia dan Azyanti berpeluang menghasilkan 45 resipi pelbagai jenis roti yang diabadikan dalam buku setebal 98 muka surat terbabit.
“Sebelum ini, saya dan Azyanti sering membawa empat atau lima jenis resipi membuat roti dalam setiap kursus untuk dikongsi bersama peserta.
“Namun, ada antara mereka yang memberi cadangan agar saya menggabungkan semua resipi tersebut dalam sebuah buku dan inilah hasilnya, buku resipi Cara Mudah Membuat Roti.
“Niat asal kami ketika menulis buku ini hanya satu iaitu untuk membantu masyarakat untuk mendapatkan ilmu mengenai pembuatan roti,” katanya.
Jelas Hanirah, ketika mendapat tawaran daripada penerbit Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. untuk menghasilkan buku terbabit, dia dan Azyanti kurang berkeyakinan.
Namun, dengan bantuan penulis bersama iaitu Julia Abdul Rahman, seorang ibu yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang masakan, mereka lebih yakin dan bersemangat untuk menulis buku terbabit.
“Kami juga bersyukur kerana niat untuk menghasilkan sebuah buku mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Madya Kamarudin Kasim.
“Tanpa kelulusan beliau, tidak mungkin kami sebagai penjawat awam boleh menghasilkan buku terbabit,” katanya.
Sementara itu, Azyanti mengakui bukan semua resipi yang terkandung dalam buku terbabit merupakan idea asal mereka. Sebaliknya, ia adalah resipi yang telah diubah suai untuk disesuaikan dengan cita rasa tempatan.
Katanya, keunikan buku tersebut apabila hampir semua bahan bagi setiap resipi mudah didapati dan halal.
“Kami merujuk daripada beberapa buku resipi dan membuat penambahbaikan agar lebih sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.
“Setiap resipi yang diberikan telah kami cuba berkali-kali sebelum yakin ia adalah resipi yang terbaik dan termudah. Kami lebih gemar menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan yang lebih penting, ia mestilah halal,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, Radzuan Othman berkata, kejayaan Hanirah dan Azyanti menghasilkan buku terbabit merupakan satu kebanggaan buat kolej itu sendiri.
Jelasnya, pihak kolej sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana tenaga pengajar mereka yang mempunyai inisiatif untuk memajukan diri sendiri.
“Ini adalah salah satu usaha positif dan membanggakan kerana dalam kesibukan menjadi tenaga pengajar, mereka masih mampu mencuri masa untuk menghasilkan buku ini,” katanya.

Tuesday 10 September 2013

INGATAN UNTUK DIRIKU......

Sekadar Peringatan
 
ingatlah wahai diri.........

rewang.......menjelang hari perkahwinan

Setelah hampir 12 tahun menjadi menantu orang Kg Seri Bunian....semakin banyak bahasa jawa yang aku pelajari. Walaupun aku pun keturunan Jawa gak...tapi disebabkan jawa tidak menjadi bahasa percakapan harian di rumah maka, aku dikategorikan sebagai Jawa 'ngencret'.

15 September 2013 berlangsungnya majlis perkahwinan anak bongsu Wak Sanot. Memandangkan aku dok sekali dengan mak dan bapak mertuaku, maka secara total aku merasai kesebukan menjelang hari majlis....

Seminggu sebelum majlis....
Terasa dah seboknya....ramai jiran dan sedara mara yang dah mula menghantar barang-barang untuk hari majlis...kerjasama dan bantu-membantu meringankan urusan majlis....penuh dah rumah...macam kedai runcit pulak .....gula, tepung, minyak, kerepek-kerepek dsb....alhamdulillah...meriah gitu...

Adik-beradik sebok dengan kerja-kerja persiapan yang telah siap diagih-agihkan. Kerja-kerja mengemas hari-hari berjalan.... Jiran sebelah meyebelah datang tolong 'pekkan' kerepek-kerepek...Lagilah terasa bila khemah pun siap dah dipasang. Semalam periuk, pinggan mangkuk dan segala peralatan makanan dah dihantar...begitu juga dengan pelamin....hmmmm.

Malam tadi aku tidur lambat...siapkan muffin untuk goodies bag....kurang pulak tu..kne cari lagi barang utk tambah...

Entre lepas ni akan citer semasa dan selepas majlislah...


KEK BAJET...boleh oder

SNOWY CHEEZY CAKE
harga : RM10.00 
min oder : 5 pack
saiz pack : 20cm (P) x 11cm(L) x 5.5cm (T)
dijamin sedap....hmmmm

sedapnya....meh oder BROWNIES

CONGO BAR...BROWNIES..
Harga :  RM40.00
Saiz loyang: 10 inci x10 inci
untuk harga sekitar Pontian ya...untuk luar kawasan bergantung pada jarak ya...harap maklum




Monday 9 September 2013

saYUR bENInG DAUN BELINJAU

hari ni hujan.....berkursus....tetiba teringat akan sayur bening daun belinjau...hmmmm sedapnya...
lama tak makan...apa taknya pokok belinjau pun dah tak jumpa...nak kongsi resepilah...bapak mertuaku suka sangat masakan ini...

bahan-bahan
300 g daun belinjau (dipotong kalau lebar)
2 ulas bawang putih (mayang)
3 ulas bawang kecil(mayang)
2 biji cili padi (ikut suka)
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
sedikit air

cara-cara...
panaskan minyak
setelah panas, tumiskan bawang putih dan bawang merah
setelah naik bau...masukkan ikan bilis...kacau lagi
setelah agak wangi masukkan garam...dan air
apabila mendidih...masukkan daun....rasakan garamnya...agak mendidih...matikan api...bolehlah di hidangkan...

Wednesday 10 April 2013

CARA MUDAH MEMBUAT COKLAT

HA........inilah buku kedua ku bersama PN HANIRAH dan PN HARLINA.Mudah jer nak buat coklat ni....dapatkan ya buku ni kat mana-mana kedai buku berhampiran....